21 April 2009

Penyediaan Media Tanaman

Hi,

Di sini saya ingin berkongsi tentang cara menyediakan media tanaman. Ada dua samada anda untuk menggunakan nisbah 3:2:1 atau 7:3:2. Ikut suka le yer. Apa tu nisbah?, nisbah pecahan media media campuran untuk tanaman anda tu. Antaranya ialah top soil,bahan organik dan pasir. Pertama sekali anda perlu pastikan berapa liter isipadu pasu anda. Jika 6 liter,jika anda mahu menggunakan nisbah 3:2:1 maka bahagikan 6 liter tu dengan 6. Begitu juga dengan 7:3:2, bahagikan 6 liter dengan 12. Jadi anda akan mendapat bahagian yang sekata dan dapatlah anda berjimat.

Jadi,

3liter = tanah
2liter = bahan organik
1liter = pasir

Campurkan kesemuanya dan gaulkan. Isikan dalam pasu. Siram agar campuran tersebut sebati.Boleh pindahkan anak pokok. Pindah pada waktu petang ye. ok?paham? kalau musykil leh ler email kepada saya ye...ok...jumpa lagi.

Contoh bahan organik (Sekadar hiasan)

Hasil

Ini hasil pertama tomato ceri aku. Aku tanam dalam 5 pokok dan hasilnya boleh tahan juga. Dapat le 2 bekas penuh. Memandangkan hayat pokok tomato ni pendek, maka tamatlah perkhidmatan pokok tu dengan cemerlang. Terima kasih pokok, kerana beri aku hasil yang merimbun-rimbun. Bangga aku.







Ini hasil pertama aku

Tips untuk semai benih

Jom lihat....

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak kongsi bagaimana cara untuk menyemai benih secara lebih efektif. Tiada ragu-ragu lagi. Ok...jangan buang masa lagi...

1. Pertama sekali...kenalah fikir pokok apa yang hendak ditanam dan terus pergi ke kedai yang ada jual benih-benih pokok tanaman. Boleh di dapati di Kedai peladang, MARDI,pasaraya berhampiran seperti Tesco, Giant, dan pasaraya serbaneka yang lain (kadang-kadang kat Hardware pun ada juga).

2. Bila dah beli, benih-benih tersebut boleh di semai. Sediakan balang atau bekas. Isikan air kedalamnya. Jangan guna air paip sebab mengandungi klorin. Kalau nak guna air paip juga, pastikan air tu dibiarkan 2-3 hari. Terbaik guna air R.O, air suling atau mineral semulajadi. Pastu rendamkan biji benih tu paling sekejap 1 jam paling lama 8 jam ikut jenis pokok. Pastu terus le semai ke media semaian.Letakkan di tempat redup. Jaga le sampai tumbuh. Pastikan media tanah tu lembab selalu.

3. Cara lain ialah dengan menggunakan kertas lembab. Lembabkan kertas dan bentangkan kertas tersebut. Kemudian taburkan benih di atasnya dan bungkus. Masukkan dalam plastik. Tiup plastik tu jadi belon dan ikat. Letakkan kat tempat gelap. Biarkan 2-5 hari. Kalau da tumbuh tunasnye, pindahkan ke tapak semaian.

4. Yang terakhir ialah dengan menggunakan tisu yang lembab. Cari bekas untuk meletakkan tisu2 tersebut. Susun dan letakkan benih atas tisu tu. Letakkan bekas tu kat tempat yang gelap.

* Jaminan tunas tumbuh adalah bergantung pada kecekapan anda menjaganya. Apa yang penting komitmen...wau wonder tree yea!!!!





Inspirasi


Rehat sejenak....

Ni aku nak kongsi tentang komik kegemaran aku. Tiada yang lain lagi dah. Komik Lat yang judulnya Mat Som. Banyak beri inspirasi untuk aku teruskan kehidupan. Tiada yang lain jika hendak hidup di dunia yang hanya perlu tabah, jujur, berusaha dan percaya pada diri sendiri. Bahagia akan muncul sendiri.