26 Mei 2009

Tomato ceri- cara organik

To sis Nani, thank you for visit...

Cara terbaik menjaga pokok tomato ceri.

Pokok yang sihat adalah dari akar yang sihat. Jadi, media tanaman perlu dari bahan terbaik. Antara contoh media yang baik ialah campuran dari sabut kelapa, sekam arang dan bahan organik bukan dari animal dung(najis haiwan)seperti kambing, ayam dan lembu. Terbaik adalah dari vermicompos cacing. Caranya dengan campurkan 1 bahagian sabut dan 1 bahagian sekam. Kemudian campurkan vermikompos cacing lebih kurang sebanyak 250 gm. Pengalaman saya menanam pokok ini, saya langsung tidak pernah menggunakan sebarang racun perosak. Jadi saya dapat menikmati buah yang asli (organik) dan bebas dari sebarang bahan bahaya. Sungguh enak di makan begitu saje. Pastikan ia tak terdedah pada terikan matahari yang melampau.

Sekian.....

Baja NPK

Salam,

Hari saya ingin menceritakan tentang penggunaan baja foliar NPK. Antara jenis yang kerap digunakan dalam industri pertanian ialah Baja NPK 15-15-15(penggalak pertumbuhan anak pokok)dan 12-12-17+2TE(penggalak buah).Baja ini boleh di dapati di pasaraya terdekat seperti di Nursery,Giant, Tesco, Carefour dan kat kedai hardware pun ada. Terpulang pada anda untuk membeli brand apapun. Selalunya baja 15-15-15 tu bewarna hijau dan 12-12-17 tu berwarna biru. Terdapat juga yang berwarna putih. Cara penggunaannya juga mesti berdisiplin dan mengikut peraturannya yang telah di nyatakan pada label baja tersebut. Kebiasannya, kadar yang ideal ialah sebanyak 1 sudu teh bersamaan 5 gm pada setiap minggu . Pastikan anda tidak menggunakan sudu teh yang biasa digunakan di rumah, sebaliknya dapatkan sukatan yang tepat seperti penyukat yang digunakan untuk membuat kek atau kuih. Boleh di dapati di kedai-kedai menjual perkakas dapur dan di kedai jual bahan-bahan kek.

Baja hijau tu boleh mula diletakkan pada awal pertumbuhan pokok, sehingga pokok mula mengeluarkan putik bunga. Baru kita beralih kepada penggunaan baja biru sehingga la pokok menghasilkan buah.
Sekian...

04 Mei 2009

Chili

Hi,

Ini adalah tanaman yang aku usahakan di belakang rumah. Pokok Cili ini berusia 4 bulan dan telah mula mengeluarkan hasil. Alhamdulillah.



02 Mei 2009

Zat dan nutrien

Hi,

Seperti mana manusia, pokok juga memerlukan makanan yang mengandungi nutrien-nutrein yang di perlukan. Antaranya ialah Nitrogen, calcium, magnesium, phosporus, pottasium, boron, copper dan manganese.

Antara tanda kekurangan nutrien ialah:

1) Nitrogen = Daun tua menjadi kuning, daun lain jadi hijau muda.
2) Calcium = Daun baru jadi terbantut, rosak.
3) Magnesium = Hujung daun jadi kuning.
4) Phosporus = Hujung daun kelihatan seperti terbakar.
5) Pottasium = Daun tua menjadi tompok kuning.
6) Boron = Putik bunga menjadi kering kekuningan.
7) Copper = Pokok terbantut tumbesaran.
8) Manganese = Daun kekuningan antara urat.

01 Mei 2009

Penyakit

Salam,
Baru-baru ini, bila aku periksa tanaman aku, ada yang dilanda penyakit. Memang betul kata pakar, pokok cili ni terlalu banyak dan mudah di serang penyakit. Ini adalah antara contoh penyakit yang menyerang pokok cili aku. Ini simptom penyakit yang dinamakan Antronoks buah. Buah cili busuk secara tiba-tiba. Secara kasar ia tidak ubah seperti kesan serangan lalat buah. Punca sebenar di ketahui selepas post mortem dijalankan keatas specimen cili tu. Cheewah..mcm CSI le plak.