01 Jun 2009

Frementasi

Salam,

Baru-baru ini, saya telah menjalankan satu penyelidikan tentang baja organik dari najis lembu. Projek ini masih dalam penyelidikan di peringkat akhir. Walau bagaimanapun, projek ini telah mendapat bantahan dari semua penghuni rumah kerana telah menyebabkan pencemaran bau yang amat dasyat. Ini berpunca dari kaedah yang saya gunakan iaitu dengan kaedah penapaian. Iyak....kepala saya pun pening, dan semakin dasyat baunya bila saya berada di Kelantan selama 3 hari. Menurut mereka baunya telah menyelubungi seluruh rumah dan menyengalkan hidung mereka. Tapi bagaimanapun projek ini masih berjalan lancar dan ujian bahan ini keatas pokok akan dijalankan tidak lama lagi. Harap berjaya.