24 Oktober 2009

Hari keramatku

15 hb Oktober lepas merupakan hari bersejarah bagiku. Selama aku berusaha mencari pekerjaan, pada hari itulah aku telah memulakan kerjayaku di MPOB, sebuah agensi kerajaan. Alhamdullillah walaupun masih mentah dalam dunia baru ini, aku dapat mengikut dan melakukan kerja sebaik mungkin. Memang amat memenatkan bekerja di sektor penyelidikan, kerana terpaksa melakukan perkara yang berulang-ulang bila percubaan demi percubaan gagal mencapai standard yang telah di tetapkan. Suasana persekitaran yang berhabuk dan panas juga amat tidak menyenangkan. Tapi apakan daya, inilah kerja yang aku cari-cari selama ini yang akan menjadi batu loncatan untuk aku lebih maju mara kehadapan lagi. Sekarang ini aku mensasarkan jawatan sehingga Penolong Pegawai Penyelidik dahulu, kerana untuk menjadi Pegawai penyelidik telalu melangit untuk aku. Menurut khabarnya ramai yang tidak lepas menjadi Pegawai Penyelidik di sini walaupun rata-rata Penolong penyelidik di sini mempunyai master dan ada juga yang telah mengambil PHD. Dan pengambilan baru untuk pegawai pun hanyalah untuk cuma kontrak 2 tahun. Jadi kenalah aku berusaha lebih gigih kerana aku telah meletakkan sasaran untuk aku ini dalam masa 2 tahun akan datang.